"Assalamualaikum abang.."
"Waalaikumussalam..Rina dah makan? Sihat hari ni?" Soalan wajib dari Suhaimi membuatku tersenyum. Anehnya aku tidak pernah merasakan jemu menjawab pertanyaan itu darinya.
"Alhamdulillah...sudah dan sihat, abang dah makan?"
"Dah Rina. Mmm..bila kita nak pergi rumah mak cik Rina tu? Abang nak apply cuti ni,"
"Rina rasa dua minggu lagi la dalam hari Rabu sebab dia mesti sibuk kalau hari khamis atau jumaat. Hari isnin pulak mesti penat dia tak hilang lagi. Biasalah kalau cuti sekolah macam ni ramai sangat yang buat majlis kahwin ni,"
Suhaimi ketawa kecil, bagi dirinya seorang yang bernama Marina sungguh istimewa. Mana tidaknya, setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sebabnya dan keletah tunangnya juga selalu buat hatinya terhibur.
"Ok..abang ingat, hari rabu dua minggu dari sekarang. Cuti abang tahun ni ada lagi 7 hari. Nak abang cuti berapa hari?"
"Abang ni..satu hari cukup la.."
"Lama jugak kita tak jumpa kan? Abang sebenarnya...mmm.." Suhaimi tidak menghabiskan ayatnya..
"Sebenarnya apa abang?"
"Tak ada apa, abang ada kerja sikit, esok abang telefon lagi ye."
"Alright then..abang nanti jangan lupa apply cuti tu." aku mengingatkan.
"Baik cikgu, selamat malam..assalamualaikum."
"waalaikumussalam..selamat malam abang.." Aku beralih ke katil merebahkan diri. Aku dapat rasa uniknya hubungan kami tapi aku tidak tahu apakah yang unik itu.
Suhaimi menutup matanya sambil menyebut ayat yang tidak dihabiskan tadi,
"Abang rindukan Rina.."
Hari ni hari rabu, debaran ini mungkin kerana sudah lama aku bersua muka dengannya sejak pertunangan kami. Hari ini kami akan ke rumah mak cik ku, Mak Yam yang merupakan seorang mak andam. Aku sungguh mengkagumi hasil kerjanya dan pakej yang disediakan juga lengkap. Jadi, ia memudahkan urusan kami.
Sambil menunggu kedatangan Suhaimi aku membelek majalah pengantin di ruang tamu. Sebenarnya aku masih tidak tahu warna apa yang patut aku jadikan tema ketika majlis di rumah ku nanti.
"Assalamualaikum.." kedengaran seseorang memberi salam, dan aku kenal suara itu.
"Waalaikumussalam..masuk abang.."
"Mama ngan papa mana Rina?"
"Ada tu kat dapur," kataku sambil kaki melangkah ke dapur. Aku meminta izin dari kedua orang tua ku dan menyalami mereka. Suhaimi turut berbuat demikian sebelum kami melangkah keluar.
Setelah selesai perbincangan, akhirnya kami bersetuju memilih kuning dan krim sebagai warna tema untuk majlis di rumahku. Aku menyerahkan sepenuhnya atas kebijaksanaan sentuhan Mak Yam. Suhaimi juga bersetuju untuk menggunakan khidmat Mak Yam ketika majlis di rumahnya dan warna biru telah dipilih oleh Suhaimi sebagai warna tema.
Jam menunjukkan tepat 2.00 petang, kami masih belum menunaikan solat zohor jadi Suhaimi memberikan cadangan agar kami singgah di Plaza Angsana supaya kami dapat menunaikan solat dan mengisi perut yang mulai lapar. Setelah selesai solat kami menuju ke medan selera. Kami memilih untuk menikati mee rebus sebagai makan tengah hari ini. Disebabkan hari ini masih hari bekerja walaupun cuti sekolah sudah bermula, jadi tidak terlalu ramai orang di sini. Suhaimi duduk di hadapan ku sebelum bertanya,
"Rina nak minum apa?"
"Abang orderkan Rina sirap limau lah."
Suhaimi senyum padaku sebelum melangkah ke gerai air, dalam hati aku tertanya-tanya motif senyumannya tadi..ahh..biarlah, desisku. Rupa-rupanya minuman yang sama juga telah menjadi pilihannya sebelum aku menyebut nama minuman itu.
Sedang kami menikmati juadah di hadapan kami, tiba-tiba seorang wanita datang menghampiri kami dan menegur Suhaimi selepas dia duduk disamping tunanganku itu.
"Hai sayang, lama I tak jumpa you.." kata-katanya buat aku ytersentak tapi aku masih berlagak tenang.
"Ehem..excuse me..itu tempat saya," Normala bersuara, ya kami tidak keluar berdua, kami bertiga. Pada kami, walaupun sudah bertunang itu bukan lesen untuk kami keluar berdua.
"Amboi you ni Amy, tak kan sampai dua awek you himpun sekali.."
"Cik, tolong ye ke tepi, saya nak makan," Normala mula meninggikan suara, dia yang datang dari gerai menjual buah-buahan untuk membeli pencuci mulut mula berang apabila melihat seorang wanita seksi duduk di sebelah abangnya.
Wanita itu bangun dan duduk disebelah aku pula. Aku masih cuba menyembunyikan perasaan aku yang sebenar. Suhaimi yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara,
"Yang sebelah aku ni adik aku dan yang depan aku ni tunang aku," kata-kata Suhaimi disambut dengan riak wajah terkejut dari wanita itu.
"What??Budak ni tunang you?" Sambil matanya menatap aku atas ke bawah.
Aku lihat Suhaimi mengangguk kepalanya.
"Apa yang I kalah dengan budak hingusan macam ni? Kenapa you tak pilih I je Amy?"
Suhaimi mula hilang sabar. Aku lihat mukanya sudah mula merah. Aku pandang tepat ke wajahnya dan aku senyum padanya. Dia membalas senyumanku. Tidak dapat aku nafikan senyuman Suhaimi yang cukup manis boleh melebur hati wanita yang memandangnya. Melihat aku dan Suhaimi berbalas senyuman membuatkan darah wanita itu mendidih.
"By the way, kenapa tunang you tak duduk sebelah you? Tak romantik langsung.."
"Sebab aku nak tengok muka dia je. Aku tak nak pandangan aku ni dicemari oleh pemandangan yang tak indah."
"So you nak cakap, perempuan ni cantik dari I la?"
"Memang pun.." Normala tiba-tiba menyampuk.
"Yang kau ni sorang je ke? Mana Roslan, Hasyim, Daniel, dan skandal kau yang lain.. Tak ajak diorang sekali?" Sindiran Suhaimi menyebabkan wanita itu hilang sabar dan terus berlalu dari situ dengan perasaan marah. Aku dan Normala hanya senyum melihat tingkah-laku wanita itu.
"Abang mintak maaf, itu Julia. Dulu dia satu tempat kerja ngan abang. Abang pun tak tahu nak cakap perempuan tu macam mana. Kalau boleh semua lelaki dia nak try," kata-kata Suhaimi itu meledakkan ketawa aku dan Normala.
"Try? Abang dia dah try ke? Hahaha..." jelas Normala tidak dapat menahan kelucuan.
"Eh..tolong sikit. Abang tak hadap la perempuan macam tu Mala. Kalau yang macam depan abang ni ye la buat abang cair," panas mukaku menahan malu.
"Hahaha..abang tengok, Rina dah malu."
"Tu la sebab abang suka dengan dia Mala, tak macam yang tadi tu, tak tahu malu," bertambah panas muka aku. Aku hanya mampu tersenyum.
Kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dahulu sebelum pulang, ada yang masih tidak diketahui oleh Suhaimi tentang diriku.
"Abang, kita jalan- jalan kat UO sekejap boleh?"
"Boleh je, lagipun bila lagi kita nak habiskan masa berdua,"
"Ehem..abang, Mala pun orang juga tau," gurauan Mala menceriakan lagi kami bertiga.
"Sebenarnya, Rina pernah keje kat sini dulu. Saja nak mengimbau cerita lama. Lagipun mungkin masih ada staff yang Rina kenal, boleh Rina jumpa semula.
"Bila masa Rina keje sini?"
"Masa cuti semester dulu abang," ringkas jawapanku. Suhaimi sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia tahu bakal isterinya ini memang tidak tahu duduk diam. Ada saja yang ingin dibuatnya.
Aku sudah lama berbaring di katil tapi masih belum berjaya melelapkan mata. Seperti biasa Suhaimi menghubungiku sebentar tadi, dia risau aku termakan kata-kata Julia. Berkali-kali aku terpaksa meyakinkan dia yang aku tak ambil peduli tentang Julia. Ya..aku memang percayakan Suhaimi. Fikiranku melayang memikirkan peristiwa yang terjadi siang tadi, marah sungguh Julia pada kami.
Selepas dari peristiwa itu, kami bertiga sering keluar bersama. Ini bertujuan untuk aku dan Suhaimi mengenali dengan lebih mendalam lagi. Kami tidak pernah bercinta sebelum bertunang, jadi inilah masa yang kami ambil untuk mengenali satu sama lain. Normala juga tak jemu menemani kami ke mana sahaja kami pergi. Paling dia gemari bila kami ingin membeli persiapan majlis pernikahan dan persandingan kami. Dengan sukarela dia menjadi perunding dalam setiap hal. Kadang-kala aku bertandang ke rumah Suhaimi, belajar masak makanan kegemarannya daripada ibunya. Kadang-kala dia ke rumahku. Semakin hari, kami semakin akrab antara satu sama lain.
"Mala nak tanya Rina sikit boleh?"
"Tanya je lah.."
"Selama Rina kenal abang berapa kali abang cakap I love you kat Rina?"
Aku termenung memikrkan sesuatu, dan aku menguntum senyum..akhirnya aku sedar apa uniknya hubungan kami.
"Kenapa Rina senyum? Rina tak jawab soalan Mala pun..malu ye?"
"Hihi..nanti sampai masa Rina ceritakan ye,"
"Sekejap je kan masa berlalu. Bulan depan abang ngan Rina dah nak kahwin. Untung abang dapat Rina. Rina pun untung dapat suami macam abang tau," aku mengangguk tanda setuju.
Memang aku beruntung mengenali Suhaimi.
Ruang masjid ini sudah mula di penuhi sanak-saudara aku dan Suhaimi. Aku tahu sebentar saja lagi aku akan diijabkabulkan dengan Suhaimi. Perasaan aku ketika itu sangat rumit untuk aku gambarkan. Gementar, gembira, takut, sedih
semuanya bercampur-baur. Aku tidak tahu keadaan Suhaimi bagaimana. Mak Yam membetulkan selendang yang aku pakai. Aku dan Suhaimi memilih warna putih sebagai lambang meraikan ikatan yang suci ini. Selang beberapa minit kemudian aku dipanggil untuk duduk menyertai mereka semua. Aku menyimpul senyuman yang sederhana, tapi dalam hatiku masih ada getar dan debar menanti saat aku sah bergelar seorang isteri.
Doa mula dibacakan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar isteri kepada Suhaimi. Kesyukuran yang tidak terungkap. Kebahagiaan menyelimuti setiap insan yang berada di sini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk aku dan Suhaimi. Setelah selesai segalanya, tibalah masanya Suhaimi menyarungkan cincin ke jari manisku. Kini, Suhaimi sudah berada di hadapanku. Terasa malu untuk mengangkat muka tapi aku gagahi jua. Yang berada di hadapan ini suamiku yang sah. Perlahan dia mengambil jari-jemariku
lantas cincin disarung, kami diminta memberi laluan supaya mereka dapat merakamkan gambar sebagai tanda kenangan. Terasa hawa sejuk mengalir ditanganku bila disentuh Suhaimi. Setelah itu, aku menyalami dan mencium tangannya. Terasa kepalaku diusap dengan penuh kasih sayang. Rasa terharu mula menyelubungi diri. Aku kembali mengangkat kepalaku. Memandang tepat ke wajahnya. Aku lihat dia tersenyum bahagia, aku juga begitu. Bahagia yang bukan di buat-buat. Dengan perlahan, Suhaimi mengucup dahiku kemudian dia berbisik sesuatu di telingaku. Sesuatu yang tidak pernah aku dengar dari mulutnya,
"Abang sayang Rina, I love you so much. Thanks sayang sudi terima abang.." kata-katanya yang indah itu akan ku abadikan sepanjang hidup ku. Itulah kali pertama Suhaimi menyatakan sayangnya padaku. Menitis airmata bahagiaku tetapi pantas Suhaimi mengusap airmataku.
Kami mula bersalaman dengan kedua ibu bapa kami. Rasa terharu memuncak apabila aku menyalami kedua orang tua ku. Tak tertahan rasanya melihat airmata mereka mengalir. Kemudian kami bergambar kenangan sebelum pulang ke rumahku untuk kenduri kesyukuran. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Aku memandang Suhaimi yang memerhatikan aku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya. Aku tahu aku masih berhutang sesuatu dengannya. Dia bangun dan menuju ke arahku lantas memimpin tanganku ke satu sudut.
"Abang.." langkahnya terhenti, dia menoleh ke arahku.
"I love you too abang.." kata-kata itu membuatnya berpaling ke arahku dan mencium dahiku.
"Sayang boleh baca hati abang?" Rasa kagumnya pada aku kian menebal, memang itu yang Suhaimi ingin dengar dari mulutku.
"Ehem..tau la dah sah..hihihi.." kehadiran Mala di situ membuat kami sedikit terkejut. Suhaimi memeluk bahuku lalu berkata kepada satu-satunya adik yang dia ada,
"kalau cemburu cepat-cepat la kahwin dik," kata-kata Suhaimi disambut tawa Normala. Aku hanya senyum melihat gelagat dua beradik ini.
"Yelah..peluk la puas-puas akak ipar Mala ni, jap lagi abang dah kena balik.." Mala mengenyitkan mata ke arah abangnya.
Sebentar lagi Suhaimi akan pulang ke rumah keluarganya sebelum bertandang lagi malam esok untuk majlis berinai. Sebelum berangkat aku menyalami tangan suamiku dan dia mengucup dahiku sekali lagi. Aku berpesan padanya agar menelefonku sesampainya mereka di rumah.
Rakan-rakan yang hadir mula mengusik aku selepas Suhaimi pulang. Hamka dan Syed yang paling kuat menyakatku,
"Kau memang tau Rina. Hari tu kau kata dia jiran lama kau je..senyap-senyap kau bercinta ngan dia," Hamka mengusik aku.
"Mana ada, aku baru nk bercinta ngan dia. Masa abang aku kahwin dulu tu la aku jumpa dia balik lepas bertahun jugak aku tak jumpa. Seminggu lepas tu keluarga dia datang merisik then sebulan lepas tu aku tunang," hujahku panjang lebar.
"Dijah tau dah..tengok cara dia pandang Rina pun dah tau yang korang ni memang ada apa-apa. Tahniah ye Rina, Dijah doakan Rina bahagia dengan dia selamanya," Dijah bersalam denganku sebelum meminta izin untuk pulang.
Sejak aku bernikah, aku telah dikurung. Aku tidak dibenarkan untuk keluar rumah. Aku juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kerja. Aku akur dengan arahan-arahan tersebut. Telefon ku berdering. Suhaimi memanggil, aku sengaja menjawabnya lambat,"
"Rina...kenapa lambat angkat, Rina ok tak ni?" aku tertawa kecil.
"Assalamualaikum abang..Rina ok je abang,"
"Waalaikumussalam..maaf, abang cuma risaukan sayang abang ni. Rina dah makan?"
"Sudah bang, kenapa abang telefon ni?"
"Eh, tak kan abang tak boleh telefon isteri abang sendiri. Abang rindu sayang la.."
"Hihihi..bukan tak boleh cuma Rina ingatkan ada hal penting. Malam nanti kan abang datang sini.."
"Rina..penting sangat ni, abang kan rindu isteri abang yang comel ni,"
"Ye abang..Rina pun rindu abang. Malam nanti kita jumpa ye abang,"
"Thanks sayang..mak panggil abang tu, nanti kita jumpa ye sayang. I love you sayang..assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam..love you too abang, jangan nakal- nakal," pesananku itu membuat Suhaimi tertawa dihujung talian sebelum aku memutuskannya.
Mak Yam mendandanku dengan penuh teliti, malam ini aku dan Suhaimi mengenakan busana sedondon berwarna krim. Tepat jam 9.00 malam aku di bawa naik ke pelamin. Kehadiran sanak-saudara memeriahkan majlis malam ini. Paluan kompang mula bergema menandakan Suhaimi sudah mula diiring ke pelamin. Aku menanti penuh debar. Mukaku ditutup dan akhirnya Suhaimi berada di hadapanku, aku disuruh bangun oleh Mak Yam dan bersalam dengan Suhaimi sebelum dia duduk disampingku.
Letih juga melayan flash kamera yang bertubi-tubi. Kelihatan semua yang berada di sini turut merasa gembira sebagaimana aku dan Suhaimi. Suhaimi merapatkan mukanya ke mukaku, berbisik sesuatu,
"Sayang rindu abang tak?"
"Abang ramai orang tengok..malu la Rina," aku menolak mukanya perlahan. Suhaimi senyum melihat aku tersipu malu.
Mak Yam mengajak aku ke bilik untuk menukar pakaian, kali ini aku mengenakan busana pengantin dari Korea, di ikuti dari Jepun. Aku juga menggayakan persalinan jawa. Suhaimi tidak melepaskan peluang bergambar denganku bagi mengabadikan kenangan aku berpakaian sedemikian. Setelah selesai, kami kembali menukar ke pakaian biasa. Aku duduk berehat di sisi suamiku ini. Sebentar lagi dia akan pulang semula ke rumah keluarganya. Masa yang ada tidak disia-siakan Suhaimi. Dia ingin menatap wajah aku sepuasnya sebelum pulang. Sekali lagi kami berpisah untuk sementara.
Paluan kompang bergema sekali lagi di kawasan perumahanku. Suhaimi yang segak bergaya mengenakan persalinan berwarna kuning sedondon denganku menyerlahkan lagi penampilannya.
Selepas itu kami melangkah ke meja makan yang terhias indah untuk makan beradab. Ibu bapa kami turut sertai kami. Aku dapat merasai kebahagiaan memenuhi segenap ruang hatiku. Suhaimi menggengam erat jari-jemariku seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Kemudian kami memotong kek sebelum kami saling menyuap antara satu sama lain.
"Ok..minta perhatian semua, di sini ada permintaan dari pihak keluarga yang ingin meminta agar mempelai yang diraikan hari ini agar dapat menyampaikan sebuah lagu duet," aku dan Suhaimi tersenyum mendengarnya.
Kami bersetuju untuk menyampaikan lagu yang bertajuk dua insan. Tetamu bersorak gembira. Berakhirnya nyanyian kami, maka berakhirlah majlis hari ini. Kami segera menukar pakaian kerana periuk belanga untuk dibasuh sudah sedia menanti kami berdua.
Aku dan Suhaimi dibiarkan berdua, Suhaimi tidak membenarkan aku membantunya, aku mengusiknya nakal dengan menyimbah air pili ke arahnya. Dia senyum sambil menggelengkan kepalanya. Akhirnya dia menarik tanganku dan membenarkan aku membantunya. Aku seakan terkedu melihat perbuatannya itu.
"Abang, Rina nak bagitau sesuatu,"
"Apa dia sayang?"
"Rina pernah mimpi situasi kita tadi. Sehari sebelum Rina jumpa abang kat sini setahun lepas. Cuma Rina tak nampak muka orang yang pimpin tangan Rina. Rupa-rupanya, abang lah orang tu,"
Tangan Suhaimi sudah melingkari pinggang ku. Senyumku melebar. Dia mencuit hidungku. Memang benarlah dia jodohku. Setelah selesai, kami masuk ke dalam untuk membersihkan diri. Seusai solat maghrib, kami dan saki-baki saudara mara yang tinggal bersama-sama membuka hadiah-hadiah pemberian tetamu. Ada yang menghadiahkan set pinggan mangkuk, bingkai gambar dan pelbagai lagi barangan. Azan isyak berkumandang. Aku dan Suhaimi meminta diri untuk solat, ramai juga yang telah pulang. Suhaimi sudah menunggu di sejadah. Ini kali pertama kami berjemaah sebagai suami dan isteri. Doa Suhaimi selepas solat kali ini lebih panjang daripada biasa. Airmata aku menitis mendengar doanya. Ya Allah..inilah suami yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Aku bersyukur Ya Allah..doaku dalam hati. Aku menyambut huluran tangannya dan mencium tangannya. Airmata aku menitis ditangannya, lantas dia mencium ubun-ubunku sambil membacakan doa.
Suhaimi membantu aku melipat sejadah. Aku membuka telekungku. Masih ada tudung di kepalaku. Sehingga kini, Suhaimi masih belum melihat rambutku. Aku ingin membuka tudungku tapi dihalang oleh Suhaimi,
"Izinkan abang yang bukak boleh ye sayang?" Aku sekadar mengangguk perlahan. Abang..Rina sepenuhnya milik abang..aku berbisik dalam hati. Kami sudah duduk di hujung katil Ada getar di tangannya sewaktu dia membuka tudungku, hanya satu perkataan keluar dari mulutnya..
"Subhanallah.."
"Kenapa abang?"
"Cantik sangat bidadari abang ni.."
"Suami Rina ni pun..handsome sangat,"
"Sayang..abang nak mintak maaf seandainya abang ada lukakan hati sayang selama kita kenal. Abang tau abang selalu sibuk, dan abang tak pernah cakap abang sayang Rina kan sebelum kita nikah,"
"Abang, jangan lah cakap macam tu, itulah istimewanya abang. Tidak sewenangnya mengucapkan kata cinta. Akhirnya Rina yang dapat,"
aku membalas genggaman tangannya.
"Walaupun abang tak pernah ucap kata sayang ke rindu ke pada Rina, Rina sentiasa dapat rasa kasih sayang abang pada Rina," aku menambah lagi.
Suhaimi menarik aku dalam pelukannya. Aku tahu dia bahagia kerana aku juga sedang bahagia. Semoga kami sentiasa bahagia dengan limpahan rahmat dari-Nya...amin