Saturday, January 5, 2013

excited sgttttttt..

Kongsi
Dah lama sangat tak post apa-apa kat sini.. sebenarnya saya sangat la teruja.. Teruja sangat sebab tak lama lagi saya akan menyambung pengajian saya. Klau ada yang kata tu biasa saja.. Saya akui perkara tersebut..saya tak kisah apa orang nak kata.. Saya berkerusi roda tetapi tangan saya masih mampu digunakan..jadi apa salahnya saya gunakan apa yang ada untuk kebaikan..

Kenapa saya pilih psikologi??
Saya sebenarnya nak belajar bukan untuk mendapat pekerjaan bergaji besar ataupun untuk mendapai pointer yang baik..tetapi untuk mendapat dan memperlajari ilmu yang bermanfaat..memang benar semasa diploma saya mengambil jurusan sains..tapi saya tahu saya sudah lama minat bidang psikologi..cuma mak saya tak berapa berkenan..hihih.

Kenapa pilih OUM???
Pertama sekali kerana keadaan fizikal saya yang tidak mengizinkan saya untuk ke kelas setiap hari..
Kedua adalah kerana kursus pilihan saya ada di OUM..
Seterusnya, ada pusat pembelajaran di Johor Bahru, tanah tumpah darahku..hihi

Saya rasa setakat ini dahulu post kali ni.kalau nak tahu pengalaman saya kena la tunggu..salam sayang semua..

P/s: dalam mencari ilmu dunia jangan sesekali lupakan ilmu akhirat

Thursday, March 22, 2012

MIMPI SEMALAM 2

Kongsi
Hampir sebulan aku menjadi tunangan Suhaimi. Hampir setiap malam juga Suhaimi menghubungi aku bertanya khabar. Sejak majlis pertunangan kami, aku dan Suhaimi belum pernah bertemu lagi. Mulai minggu depan, sesi persekolahan untuk tahun ini akan berakhir. Aku dan Suhaimi mengambil keputusan untuk memebuat persediaan awal dalam masa tersebut. Aku duduk di hadapan meja solek untuk menyikat rambutku, tiba-tiba telefonku berdering melantunkan lagu cinta sempurna nyanyian Yuna. Belum pun melihat skrin aku tahu itu panggilan dari Suhaimi. Nada dering itu khusus untuk Suhaimi sahaja, lagipun itulah rutinnya setiap malam.

"Assalamualaikum abang.."

"Waalaikumussalam..Rina dah makan? Sihat hari ni?" Soalan wajib dari Suhaimi membuatku tersenyum. Anehnya aku tidak pernah merasakan jemu menjawab pertanyaan itu darinya.

"Alhamdulillah...sudah dan sihat, abang dah makan?"

"Dah Rina. Mmm..bila kita nak pergi rumah mak cik Rina tu? Abang nak apply cuti ni,"

"Rina rasa dua minggu lagi la dalam hari Rabu sebab dia mesti sibuk kalau hari khamis atau jumaat. Hari isnin pulak mesti penat dia tak hilang lagi. Biasalah kalau cuti sekolah macam ni ramai sangat yang buat majlis kahwin ni,"

Suhaimi ketawa kecil, bagi dirinya seorang yang bernama Marina sungguh istimewa. Mana tidaknya, setiap tindakan yang dilakukan pasti ada sebabnya dan keletah tunangnya juga selalu buat hatinya terhibur.

"Ok..abang ingat, hari rabu dua minggu dari sekarang. Cuti abang tahun ni ada lagi 7 hari. Nak abang cuti berapa hari?"

"Abang ni..satu hari cukup la.."

"Lama jugak kita tak jumpa kan? Abang sebenarnya...mmm.." Suhaimi tidak menghabiskan ayatnya..

"Sebenarnya apa abang?"

"Tak ada apa, abang ada kerja sikit, esok abang telefon lagi ye."

"Alright then..abang nanti jangan lupa apply cuti tu." aku mengingatkan.

"Baik cikgu, selamat malam..assalamualaikum."

"waalaikumussalam..selamat malam abang.." Aku beralih ke katil merebahkan diri. Aku dapat rasa uniknya hubungan kami tapi aku tidak tahu apakah yang unik itu.

Suhaimi menutup matanya sambil menyebut ayat yang tidak dihabiskan tadi,

"Abang rindukan Rina.."

Hari ni hari rabu, debaran ini mungkin kerana sudah lama aku bersua muka dengannya sejak pertunangan kami. Hari ini kami akan ke rumah mak cik ku, Mak Yam yang merupakan seorang mak andam. Aku sungguh mengkagumi hasil kerjanya dan pakej yang disediakan juga lengkap. Jadi, ia memudahkan urusan kami.
Sambil menunggu kedatangan Suhaimi aku membelek majalah pengantin di ruang tamu. Sebenarnya aku masih tidak tahu warna apa yang patut aku jadikan tema ketika majlis di rumah ku nanti.

"Assalamualaikum.." kedengaran seseorang memberi salam, dan aku kenal suara itu.

"Waalaikumussalam..masuk abang.."

"Mama ngan papa mana Rina?"

"Ada tu kat dapur," kataku sambil kaki melangkah ke dapur. Aku meminta izin dari kedua orang tua ku dan menyalami mereka. Suhaimi turut berbuat demikian sebelum kami melangkah keluar.

Setelah selesai perbincangan, akhirnya kami bersetuju memilih kuning dan krim sebagai warna tema untuk majlis di rumahku. Aku menyerahkan sepenuhnya atas kebijaksanaan sentuhan Mak Yam. Suhaimi juga bersetuju untuk menggunakan khidmat Mak Yam ketika majlis di rumahnya dan warna biru telah dipilih oleh Suhaimi sebagai warna tema.

Jam menunjukkan tepat 2.00 petang, kami masih belum menunaikan solat zohor jadi Suhaimi memberikan cadangan agar kami singgah di Plaza Angsana supaya kami dapat menunaikan solat dan mengisi perut yang mulai lapar. Setelah selesai solat kami menuju ke medan selera. Kami memilih untuk menikati mee rebus sebagai makan tengah hari ini. Disebabkan hari ini masih hari bekerja walaupun cuti sekolah sudah bermula, jadi tidak terlalu ramai orang di sini. Suhaimi duduk di hadapan ku sebelum bertanya,

"Rina nak minum apa?"

"Abang orderkan Rina sirap limau lah."

Suhaimi senyum padaku sebelum melangkah ke gerai air, dalam hati aku tertanya-tanya motif senyumannya tadi..ahh..biarlah, desisku. Rupa-rupanya minuman yang sama juga telah menjadi pilihannya sebelum aku menyebut nama minuman itu.

Sedang kami menikmati juadah di hadapan kami, tiba-tiba seorang wanita datang menghampiri kami dan menegur Suhaimi selepas dia duduk disamping tunanganku itu.

"Hai sayang, lama I tak jumpa you.." kata-katanya buat aku ytersentak tapi aku masih berlagak tenang.

"Ehem..excuse me..itu tempat saya," Normala bersuara, ya kami tidak keluar berdua, kami bertiga. Pada kami, walaupun sudah bertunang itu bukan lesen untuk kami keluar berdua.

"Amboi you ni Amy, tak kan sampai dua awek you himpun sekali.."

"Cik, tolong ye ke tepi, saya nak makan," Normala mula meninggikan suara, dia yang datang dari gerai menjual buah-buahan untuk membeli pencuci mulut mula berang apabila melihat seorang wanita seksi duduk di sebelah abangnya.

Wanita itu bangun dan duduk disebelah aku pula. Aku masih cuba menyembunyikan perasaan aku yang sebenar. Suhaimi yang hanya mendiamkan diri dari tadi mula bersuara,

"Yang sebelah aku ni adik aku dan yang depan aku ni tunang aku," kata-kata Suhaimi disambut dengan riak wajah terkejut dari wanita itu.

"What??Budak ni tunang you?" Sambil matanya menatap aku atas ke bawah.

Aku lihat Suhaimi mengangguk kepalanya.

"Apa yang I kalah dengan budak hingusan macam ni? Kenapa you tak pilih I je Amy?"

Suhaimi mula hilang sabar. Aku lihat mukanya sudah mula merah. Aku pandang tepat ke wajahnya dan aku senyum padanya. Dia membalas senyumanku. Tidak dapat aku nafikan senyuman Suhaimi yang cukup manis boleh melebur hati wanita yang memandangnya. Melihat aku dan Suhaimi berbalas senyuman membuatkan darah wanita itu mendidih.

"By the way, kenapa tunang you tak duduk sebelah you? Tak romantik langsung.."

"Sebab aku nak tengok muka dia je. Aku tak nak pandangan aku ni dicemari oleh pemandangan yang tak indah."

"So you nak cakap, perempuan ni cantik dari I la?"

"Memang pun.." Normala tiba-tiba menyampuk.

"Yang kau ni sorang je ke? Mana Roslan, Hasyim, Daniel, dan skandal kau yang lain.. Tak ajak diorang sekali?" Sindiran Suhaimi menyebabkan wanita itu hilang sabar dan terus berlalu dari situ dengan perasaan marah. Aku dan Normala hanya senyum melihat tingkah-laku wanita itu.

"Abang mintak maaf, itu Julia. Dulu dia satu tempat kerja ngan abang. Abang pun tak tahu nak cakap perempuan tu macam mana. Kalau boleh semua lelaki dia nak try," kata-kata Suhaimi itu meledakkan ketawa aku dan Normala.

"Try? Abang dia dah try ke? Hahaha..." jelas Normala tidak dapat menahan kelucuan.

"Eh..tolong sikit. Abang tak hadap la perempuan macam tu Mala. Kalau yang macam depan abang ni ye la buat abang cair," panas mukaku menahan malu.

"Hahaha..abang tengok, Rina dah malu."

"Tu la sebab abang suka dengan dia Mala, tak macam yang tadi tu, tak tahu malu," bertambah panas muka aku. Aku hanya mampu tersenyum.

Kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dahulu sebelum pulang, ada yang masih tidak diketahui oleh Suhaimi tentang diriku.

"Abang, kita jalan- jalan kat UO sekejap boleh?"

"Boleh je, lagipun bila lagi kita nak habiskan masa berdua,"

"Ehem..abang, Mala pun orang juga tau," gurauan Mala menceriakan lagi kami bertiga.

"Sebenarnya, Rina pernah keje kat sini dulu. Saja nak mengimbau cerita lama. Lagipun mungkin masih ada staff yang Rina kenal, boleh Rina jumpa semula.

"Bila masa Rina keje sini?"

"Masa cuti semester dulu abang," ringkas jawapanku. Suhaimi sekadar mengangguk dan tersenyum. Dia tahu bakal isterinya ini memang tidak tahu duduk diam. Ada saja yang ingin dibuatnya.

Aku sudah lama berbaring di katil tapi masih belum berjaya melelapkan mata. Seperti biasa Suhaimi menghubungiku sebentar tadi, dia risau aku termakan kata-kata Julia. Berkali-kali aku terpaksa meyakinkan dia yang aku tak ambil peduli tentang Julia. Ya..aku memang percayakan Suhaimi. Fikiranku melayang memikirkan peristiwa yang terjadi siang tadi, marah sungguh Julia pada kami.

Selepas dari peristiwa itu, kami bertiga sering keluar bersama. Ini bertujuan untuk aku dan Suhaimi mengenali dengan lebih mendalam lagi. Kami tidak pernah bercinta sebelum bertunang, jadi inilah masa yang kami ambil untuk mengenali satu sama lain. Normala juga tak jemu menemani kami ke mana sahaja kami pergi. Paling dia gemari bila kami ingin membeli persiapan majlis pernikahan dan persandingan kami. Dengan sukarela dia menjadi perunding dalam setiap hal. Kadang-kala aku bertandang ke rumah Suhaimi, belajar masak makanan kegemarannya daripada ibunya. Kadang-kala dia ke rumahku. Semakin hari, kami semakin akrab antara satu sama lain.

"Mala nak tanya Rina sikit boleh?"

"Tanya je lah.."

"Selama Rina kenal abang berapa kali abang cakap I love you kat Rina?"

Aku termenung memikrkan sesuatu, dan aku menguntum senyum..akhirnya aku sedar apa uniknya hubungan kami.

"Kenapa Rina senyum? Rina tak jawab soalan Mala pun..malu ye?"

"Hihi..nanti sampai masa Rina ceritakan ye,"

"Sekejap je kan masa berlalu. Bulan depan abang ngan Rina dah nak kahwin. Untung abang dapat Rina. Rina pun untung dapat suami macam abang tau," aku mengangguk tanda setuju.
Memang aku beruntung mengenali Suhaimi.

Ruang masjid ini sudah mula di penuhi sanak-saudara aku dan Suhaimi. Aku tahu sebentar saja lagi aku akan diijabkabulkan dengan Suhaimi. Perasaan aku ketika itu sangat rumit untuk aku gambarkan. Gementar, gembira, takut, sedih
semuanya bercampur-baur. Aku tidak tahu keadaan Suhaimi bagaimana. Mak Yam membetulkan selendang yang aku pakai. Aku dan Suhaimi memilih warna putih sebagai lambang meraikan ikatan yang suci ini. Selang beberapa minit kemudian aku dipanggil untuk duduk menyertai mereka semua. Aku menyimpul senyuman yang sederhana, tapi dalam hatiku masih ada getar dan debar menanti saat aku sah bergelar seorang isteri.

Doa mula dibacakan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku kini sah bergelar isteri kepada Suhaimi. Kesyukuran yang tidak terungkap. Kebahagiaan menyelimuti setiap insan yang berada di sini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk aku dan Suhaimi. Setelah selesai segalanya, tibalah masanya Suhaimi menyarungkan cincin ke jari manisku. Kini, Suhaimi sudah berada di hadapanku. Terasa malu untuk mengangkat muka tapi aku gagahi jua. Yang berada di hadapan ini suamiku yang sah. Perlahan dia mengambil jari-jemariku
lantas cincin disarung, kami diminta memberi laluan supaya mereka dapat merakamkan gambar sebagai tanda kenangan. Terasa hawa sejuk mengalir ditanganku bila disentuh Suhaimi. Setelah itu, aku menyalami dan mencium tangannya. Terasa kepalaku diusap dengan penuh kasih sayang. Rasa terharu mula menyelubungi diri. Aku kembali mengangkat kepalaku. Memandang tepat ke wajahnya. Aku lihat dia tersenyum bahagia, aku juga begitu. Bahagia yang bukan di buat-buat. Dengan perlahan, Suhaimi mengucup dahiku kemudian dia berbisik sesuatu di telingaku. Sesuatu yang tidak pernah aku dengar dari mulutnya,

"Abang sayang Rina, I love you so much. Thanks sayang sudi terima abang.." kata-katanya yang indah itu akan ku abadikan sepanjang hidup ku. Itulah kali pertama Suhaimi menyatakan sayangnya padaku. Menitis airmata bahagiaku tetapi pantas Suhaimi mengusap airmataku.

Kami mula bersalaman dengan kedua ibu bapa kami. Rasa terharu memuncak apabila aku menyalami kedua orang tua ku. Tak tertahan rasanya melihat airmata mereka mengalir. Kemudian kami bergambar kenangan sebelum pulang ke rumahku untuk kenduri kesyukuran. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Aku memandang Suhaimi yang memerhatikan aku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya. Aku tahu aku masih berhutang sesuatu dengannya. Dia bangun dan menuju ke arahku lantas memimpin tanganku ke satu sudut.

"Abang.." langkahnya terhenti, dia menoleh ke arahku.

"I love you too abang.." kata-kata itu membuatnya berpaling ke arahku dan mencium dahiku.

"Sayang boleh baca hati abang?" Rasa kagumnya pada aku kian menebal, memang itu yang Suhaimi ingin dengar dari mulutku.

"Ehem..tau la dah sah..hihihi.." kehadiran Mala di situ membuat kami sedikit terkejut. Suhaimi memeluk bahuku lalu berkata kepada satu-satunya adik yang dia ada,

"kalau cemburu cepat-cepat la kahwin dik," kata-kata Suhaimi disambut tawa Normala. Aku hanya senyum melihat gelagat dua beradik ini.

"Yelah..peluk la puas-puas akak ipar Mala ni, jap lagi abang dah kena balik.." Mala mengenyitkan mata ke arah abangnya.

Sebentar lagi Suhaimi akan pulang ke rumah keluarganya sebelum bertandang lagi malam esok untuk majlis berinai. Sebelum berangkat aku menyalami tangan suamiku dan dia mengucup dahiku sekali lagi. Aku berpesan padanya agar menelefonku sesampainya mereka di rumah.

Rakan-rakan yang hadir mula mengusik aku selepas Suhaimi pulang. Hamka dan Syed yang paling kuat menyakatku,

"Kau memang tau Rina. Hari tu kau kata dia jiran lama kau je..senyap-senyap kau bercinta ngan dia," Hamka mengusik aku.

"Mana ada, aku baru nk bercinta ngan dia. Masa abang aku kahwin dulu tu la aku jumpa dia balik lepas bertahun jugak aku tak jumpa. Seminggu lepas tu keluarga dia datang merisik then sebulan lepas tu aku tunang," hujahku panjang lebar.

"Dijah tau dah..tengok cara dia pandang Rina pun dah tau yang korang ni memang ada apa-apa. Tahniah ye Rina, Dijah doakan Rina bahagia dengan dia selamanya," Dijah bersalam denganku sebelum meminta izin untuk pulang.

Sejak aku bernikah, aku telah dikurung. Aku tidak dibenarkan untuk keluar rumah. Aku juga tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kerja. Aku akur dengan arahan-arahan tersebut. Telefon ku berdering. Suhaimi memanggil, aku sengaja menjawabnya lambat,"

"Rina...kenapa lambat angkat, Rina ok tak ni?" aku tertawa kecil.

"Assalamualaikum abang..Rina ok je abang,"

"Waalaikumussalam..maaf, abang cuma risaukan sayang abang ni. Rina dah makan?"

"Sudah bang, kenapa abang telefon ni?"

"Eh, tak kan abang tak boleh telefon isteri abang sendiri. Abang rindu sayang la.."

"Hihihi..bukan tak boleh cuma Rina ingatkan ada hal penting. Malam nanti kan abang datang sini.."

"Rina..penting sangat ni, abang kan rindu isteri abang yang comel ni,"

"Ye abang..Rina pun rindu abang. Malam nanti kita jumpa ye abang,"

"Thanks sayang..mak panggil abang tu, nanti kita jumpa ye sayang. I love you sayang..assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam..love you too abang, jangan nakal- nakal," pesananku itu membuat Suhaimi tertawa dihujung talian sebelum aku memutuskannya.

Mak Yam mendandanku dengan penuh teliti, malam ini aku dan Suhaimi mengenakan busana sedondon berwarna krim. Tepat jam 9.00 malam aku di bawa naik ke pelamin. Kehadiran sanak-saudara memeriahkan majlis malam ini. Paluan kompang mula bergema menandakan Suhaimi sudah mula diiring ke pelamin. Aku menanti penuh debar. Mukaku ditutup dan akhirnya Suhaimi berada di hadapanku, aku disuruh bangun oleh Mak Yam dan bersalam dengan Suhaimi sebelum dia duduk disampingku.
Letih juga melayan flash kamera yang bertubi-tubi. Kelihatan semua yang berada di sini turut merasa gembira sebagaimana aku dan Suhaimi. Suhaimi merapatkan mukanya ke mukaku, berbisik sesuatu,

"Sayang rindu abang tak?"

"Abang ramai orang tengok..malu la Rina," aku menolak mukanya perlahan. Suhaimi senyum melihat aku tersipu malu.

Mak Yam mengajak aku ke bilik untuk menukar pakaian, kali ini aku mengenakan busana pengantin dari Korea, di ikuti dari Jepun. Aku juga menggayakan persalinan jawa. Suhaimi tidak melepaskan peluang bergambar denganku bagi mengabadikan kenangan aku berpakaian sedemikian. Setelah selesai, kami kembali menukar ke pakaian biasa. Aku duduk berehat di sisi suamiku ini. Sebentar lagi dia akan pulang semula ke rumah keluarganya. Masa yang ada tidak disia-siakan Suhaimi. Dia ingin menatap wajah aku sepuasnya sebelum pulang. Sekali lagi kami berpisah untuk sementara.

Paluan kompang bergema sekali lagi di kawasan perumahanku. Suhaimi yang segak bergaya mengenakan persalinan berwarna kuning sedondon denganku menyerlahkan lagi penampilannya.

Selepas itu kami melangkah ke meja makan yang terhias indah untuk makan beradab. Ibu bapa kami turut sertai kami. Aku dapat merasai kebahagiaan memenuhi segenap ruang hatiku. Suhaimi menggengam erat jari-jemariku seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Kemudian kami memotong kek sebelum kami saling menyuap antara satu sama lain.

"Ok..minta perhatian semua, di sini ada permintaan dari pihak keluarga yang ingin meminta agar mempelai yang diraikan hari ini agar dapat menyampaikan sebuah lagu duet," aku dan Suhaimi tersenyum mendengarnya.

Kami bersetuju untuk menyampaikan lagu yang bertajuk dua insan. Tetamu bersorak gembira. Berakhirnya nyanyian kami, maka berakhirlah majlis hari ini. Kami segera menukar pakaian kerana periuk belanga untuk dibasuh sudah sedia menanti kami berdua.

Aku dan Suhaimi dibiarkan berdua, Suhaimi tidak membenarkan aku membantunya, aku mengusiknya nakal dengan menyimbah air pili ke arahnya. Dia senyum sambil menggelengkan kepalanya. Akhirnya dia menarik tanganku dan membenarkan aku membantunya. Aku seakan terkedu melihat perbuatannya itu.

"Abang, Rina nak bagitau sesuatu,"

"Apa dia sayang?"

"Rina pernah mimpi situasi kita tadi. Sehari sebelum Rina jumpa abang kat sini setahun lepas. Cuma Rina tak nampak muka orang yang pimpin tangan Rina. Rupa-rupanya, abang lah orang tu,"

Tangan Suhaimi sudah melingkari pinggang ku. Senyumku melebar. Dia mencuit hidungku. Memang benarlah dia jodohku. Setelah selesai, kami masuk ke dalam untuk membersihkan diri. Seusai solat maghrib, kami dan saki-baki saudara mara yang tinggal bersama-sama membuka hadiah-hadiah pemberian tetamu. Ada yang menghadiahkan set pinggan mangkuk, bingkai gambar dan pelbagai lagi barangan. Azan isyak berkumandang. Aku dan Suhaimi meminta diri untuk solat, ramai juga yang telah pulang. Suhaimi sudah menunggu di sejadah. Ini kali pertama kami berjemaah sebagai suami dan isteri. Doa Suhaimi selepas solat kali ini lebih panjang daripada biasa. Airmata aku menitis mendengar doanya. Ya Allah..inilah suami yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Aku bersyukur Ya Allah..doaku dalam hati. Aku menyambut huluran tangannya dan mencium tangannya. Airmata aku menitis ditangannya, lantas dia mencium ubun-ubunku sambil membacakan doa.

Suhaimi membantu aku melipat sejadah. Aku membuka telekungku. Masih ada tudung di kepalaku. Sehingga kini, Suhaimi masih belum melihat rambutku. Aku ingin membuka tudungku tapi dihalang oleh Suhaimi,

"Izinkan abang yang bukak boleh ye sayang?" Aku sekadar mengangguk perlahan. Abang..Rina sepenuhnya milik abang..aku berbisik dalam hati. Kami sudah duduk di hujung katil Ada getar di tangannya sewaktu dia membuka tudungku, hanya satu perkataan keluar dari mulutnya..

"Subhanallah.."


"Kenapa abang?"

"Cantik sangat bidadari abang ni.."

"Suami Rina ni pun..handsome sangat,"

"Sayang..abang nak mintak maaf seandainya abang ada lukakan hati sayang selama kita kenal. Abang tau abang selalu sibuk, dan abang tak pernah cakap abang sayang Rina kan sebelum kita nikah,"

"Abang, jangan lah cakap macam tu, itulah istimewanya abang. Tidak sewenangnya mengucapkan kata cinta. Akhirnya Rina yang dapat,"
aku membalas genggaman tangannya.

"Walaupun abang tak pernah ucap kata sayang ke rindu ke pada Rina, Rina sentiasa dapat rasa kasih sayang abang pada Rina," aku menambah lagi.

Suhaimi menarik aku dalam pelukannya. Aku tahu dia bahagia kerana aku juga sedang bahagia. Semoga kami sentiasa bahagia dengan limpahan rahmat dari-Nya...amin

MIMPI SEMALAM

Kongsi
Kemeriahannya kian terasa, majlis menyambut menantu akan diadakan pada hari esok. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang telah dikecapi abangku. Pada minggu lepas, dia telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Kak Mastura yang kini bergelar kakak iparku. Di sini, semua orang sibuk melakukan pelbagai kerja termasuk aku sendiri. Aku membantu mengemas rumah sahaja kerana aku tidak boleh lagi melakukan kerja-kerja yang terlalu berat atas nasihat doktor. Bagi diriku, dapat berjalan semula selepas setahun terlantar merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya.

"Marina, mari tolong mama sekejap," Pn.Aisyah bersuara.

Aku segera mendapatkan mama ku.

"Ye mama, mama nk Rina tolong apa?"

"Tolong belikan lima tin susu cair," balas Pn.Aisyah sambil tangannya menghulurkan sejumlah wang.

"Ok..tu je ke mama?"

Pn.Aisyah mengangguk. Aku segera keluar menghala pintu pagar rumahnya, tiba-tiba disapa oleh seseorang. Ya..Marina mengenalinya.

"Rina, nk pegi mana tu? Kenal abang lagi?" Suhaimi menguntum senyum.

"Mestilah Rina kenal..abang Amy kan? Rina nk gi kedai jap. Mama suruh beli barang sikit,"

"Abang hantarkan boleh?"

"Eh, tak pe lah abang. Buat susah abang je."

"Tak susah mana. Lagipun, Rina tak boleh penat sangat nanti sakit, semua orang susah hati."

Aku mengangguk tanda setuju. Setelah dia meminta izin ayahnya yang sedang memotong daging, kami kemudiannya berjalan seinringan ke arah keretanya. Aku sebenarnya masih dalam keanehan dan kebingungan. Sepanjang aku mengetahui kewujudan Suhaimi, tidak pernah walau sekalipun aku berbual dengannya. Sebenarnya, Suhaimi merupakan jiran lamaku. Disebabkan usia kami yang agak jauh, kami tidak pernah rapat cuma masing-masing tahu kewujudan masing-masing.

"Rina rasa sihat hari ni?" Suara Suhaimi memecah kesunyian.

"Alhamdulillah..abang perasan tak yang tadi tu perbualan kita yang pertama kan. Rina tak sangka dapat jugak Rina borak ngan abang."

"Hahaha..yelah sebab...dulu abang tak ada sebab nak berbual dengan rina."

"Abang tunggu kejap ye. Rina gi beli jap," Rina bersuara setelah sampai di hadapan kedai.

"Tak pe, Abang pun nak beli something."

setelah selesai membayar, aku melangkah untuk keluar dan tanpa aku sedari aku terlanggar seseorang, Suhaimi rupanya. Mukanya risau.

"Rina,abang tak nampak tadi..Rina ok tak?"

"Eh, tak pe abang, Rina ok..jom lah balik, abang dah siap beli barang?"

"Dah..meh abang bawak tin-tin susu tu."

Aku tersenyum sendiri. Kenapa baik sangat dia ni.

Sesampainya di rumah aku segera menyerahkan barangan tersebut kepada mamaku. Aku masih tersenyum sendiri, permintaan Suhaimi sebelum keluar dari kereta benar-benar buatku bingung.

"Boleh bagi nombor telefon Rina tak? Nanti senang-senang abang boleh tanya khabar Rina."selepas bertukar-tukar nombor telefon barulah kami keluar dari kereta.

Sama cantik , sama padan abangku dan kak Mastura sudah selamat bersanding di atas pelamin. Mereka mengenakan busana berwarna biru. Aku duduk di satu sudut, baru sebentar tadi aku menyanyikan lagu selamat pengantin baru yang aku tujukan khas untuk abang aku dan isterinya..

"Termenung jauh nampak, rindu sape la tu," sapaan Suhaimi mengejutkn lamunanku.

"Mana ada rindu sesiapa, cuma..."

"Dah la tu..kan hari ni sepatutnya semua orang happy,"

Aku cuma mengangguk sambil tersenyum.

"Rina dah makan?"

"Belum lagi abang. Jap lagi la..abang dah makan?"

"Belum. Abang kan baru sampai. Rina temankan abang makan boleh? Rina makan sekali ye."

Aku hanya menurut. Memang benar aku sebenarnya agak kelaparan kerana belum menjamah sebarang makanan sejak pagi tadi. Setelah selesai makan aku meminta diri untuk beredar, tapi Suhaimi menghalang, katanya ada beberapa hal yang dia ingin tahu. Bila aku bertanya apa yg dia hendak tahu, die mengajak aku ke satu sudut yang tak terlalu ramai orang.

"Abang nk tanya apa tadi?"

"Maaf abang nak buat pengakuan. Sebenarnya, abang suka Rina sejak abang nampak Rina mase Suffian khawin dulu..sepupu Rina tu, tapi abang dapat tau Rina masih belajar, jadi abang tak nak kacau Rina. Bila abang dapat tahu Rina sakit, abang sedih sangat. Abang sedih sebab tak pernah dapat jenguk Rina. Abang cuma dapat suruh adik abang jenguk Rina dan abang suruh dia bawak mak abang. Tak ada sorang pun tau abang suka Rina kecuali adik abang. Dalam masa yang sama, mak abang suruh cari calon sebab umur abang pun dah makin meningkat, tapi abang tak boleh.. abang mintak petunjuk Allah.. Abang dapat rasa Rina je yang boleh isi kekosongan hati abang. Setiap hari abang doakan kesihatan Rina.Makin lama, makin kuat perasaan abang pada Rina."

"Abang..abang ni biar betul. Masa Suffian khawin tu last kita jumpa dan sebelum tu pun kita dah lama tak jumpa kan. Rina ada terpandang muka abang tapi abang buat muka terkejut. Rina pun tak tahu, Rina nak senyum tapi takut..

"Rina nak tau kenapa abang wat muka macam tu? Memang abang terkejut dan abang rasa jantung ni macam nak gugur. Abang tak tahu siapa Rina masa tu, jadi abang tanya adik abang. Dia kata tu la Marina anak mak Aisyah. Sejak hari tu abang tak boleh nak lupa Rina,"

"Rina tak tahu nak cakap apa lagi abang, Rina bersyukur sangat tapi..."

"Abang ikhlas nak jadikan Rina isteri abang yang sah,"

Aku cuma diam. Aku kehilangan kata-kata. Aku tidak menyangka insan yang dihadapan aku sekarang baru sahaja melamar aku.

"Rina..maafkan abang, abang faham kalau Rina tak setuju,"

"Abang..bu...bukan Rina tak terima, cuma Rina nak tau, parents abang tau tak niat abang ni?"

"Dah..semalam lepas balik dari sini abang dah bincang dengan family abang. Semua setuju dengan niat abang ni."

"Abang..abang tau keadaan Rina, abang faham keadaan keluarga Rina kan?"

"Abang tau Rina, abang tau semuanya...Rina, abang ikhlas terima Rina dan keluarga Rina seadanya."

"Rina tak tahu nk cakap apa lagi..macam ni la abang, abang bawak mak abang jumpa mak Rina. Biar mak abang sampaikan hajat abang tu. Kalau mak Rina setuju, Rina pun setuju."

"Terima kasih Rina..abang nak bawak mak abang sekarang jugak.." Suhaimi senyum dan berlalu dari situ.

Aku segera mencari mama. Dalam hati perasaan bercampur-baur..berdebar-debar jantung ni. Muka aku makin tak keruan dan lidah aku makin kelu,
tiba-tiba aku ternampak kelibat Suhaimi, ibu, dan adiknya menuju ke arah kami. Aku berdoa dalam hati agar aku tenang setenangnya..

"Aisyah...tahniah dah bermenantu," Pn.Aini ibu kepada Suhaimi bersalam dengan mama sebelum bersalaman dengan aku.

"Terima kasih kak..terima kasih datang," Pn.Aisyah membalas.

"Aisyah..sebenarnya akak ada hajat ni..anak bujang akak ni dah lama berkenan dengan anak dara kamu ni.."

Degupan jantung aku makin kencang. Aku tertunduk tersipu malu.

"Si Rina ni ke kak?" mama ku seakan tidak percaya.

"Ye lah, anak dara kamu kan sorang je, kalau kamu setuju lusa akak datang bincang dengan kamu. Hari selasa si Amy ni cuti. Kamu setuju tak? Yelah tak sesuai nak bincang sekarang,"

"Alhamdulillah..boleh kak, saya setuju je kak,"

"Alhamdulillah..kalau macam tu akak balik dulu aisyah, lusa akak datang lagi ye,"

"Baiklah akak..terima kasih akak.."

"Abang nk tinggal dulu kan? Sebab tu abang bawak kereta sendiri kan?" tiba-tiba adik Suhaimi, Normala bersuara.

Muka Suhaimi memerah.

"Ala..biar lah abang kamu nak kenal- kenal Rina ni..boleh kan Aisyah,"

"Boleh apa salahnya kak..."

Muka aku terasa panas. Suhaimi memandang aku, aku meminta izin dari mama untuk berjumpa rakan-rakan aku.

"Terima kasih Rina.." Suhaimi menguntum senyum.

"Sama-sama, abang jom jumpa kawan-kawan Rina,"

"Tak pe lah abang nak jumpa jiran-jiran lama kita, nanti abang boring abang join Rina ye."

Aku mengangguk dan berlalu. Senyuman tidak lekang dari bibir. Aku bahagia dan semakin bahagia. Dari jauh aku terlihat Suhaimi sedang memerhatikan aku sambil tersenyum, aku membalas senyumannya.

"Yang ko tersenyum sorang-sorang ni knape..angau ke cik kak?" Hamka mengusik.

"Happy la abang aku dah selamat,"

"Yo lah tu, habis ko bila pulak?" Syed bersuara.

"Ada jodoh ada la kawan-kawan.." senyum ku makin melebar.

"Tengok muka macam dah dekat je..sape mamat yang senyum-senyum tengok rina tu?" tiba-tiba Dijah mencelah.

Kata-kata Dijah menyebabkan semua menoleh ke arah Suhaimi tapi syukurlah Suhaimi sedang berbual dengan jiran-jiran lama kami. Jadi aku terselamat, tapi tak lama kerana aku terlihat Suhaimi sudah mula menuju ke arah ku, aku memperkenalkan Suhaimi sebagai jiran lama aku, Suhaimi mengangguk dan mereka bersalaman. Suhaimi menarik kerusi dan duduk di sebelah ku. Mukanya bersahaja menyebabkan aku lebih tenang. Suhaimi sangat memahami, perkataan 'jiran lama' tu yang paling sesuai buat masa sekarang, tapi senyuman Dijah meresahkan aku. Aku rasa dia tahu sesuatu.

Setelah hampir setengah jam berbual, mereka meminta izin untuk pulang. Dijah menarik tanganku jauh sedikt dari rakan-rakan lain.

"Jiran lama ko tu bakal ko jugak kan..hihihi,"

"Ish..ko ni ada-ada je la. Thanks datang. Mak aku ada kat sana,"

Suhaimi senyum melihat aku, kami menuju ke bahagian pelamin, aku masih belum bergambar dengan abang dan kakak iparku. Dalam perjalanan aku bersuara,

"tak pe kan Rina kenalkan abang sebagai jiran lama Rina.."

"Memang betul la tu..Rina..abang tak kesah, abang faham,"

Setelah selesai majlis, Suhaimi meminta diri untuk pulang. Aku menghantarkan sampai ke keretanya.

"Abang balik dulu, nanti abang telefon Rina ye..assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam..hati-hati abang,"

Suhaimi senyum kepadaku menyebabkan aku tertunduk malu namun sempat aku membalas senyumannya. Hari ni merupakan antara hari yang paling indah dalam hidupku. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah..

Setelah selesai solat isyak, aku merebahkan diri di atas katil. Badan aku terasa letih yang teramat, baru sahaja aku cuba menutup mata telefon bimbitku berdering. Aku lihat di skrin tertera nama Suhaimi lantas aku menekan butang hijau di telefon bimbitku untuk mengangkat panggilannya. Aku dapat dengar suaranya yang tenang,

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..ye abang,nape ni?"

"Abang nak tanya Rina, Rina sudi terima abang seikhlas hati Rina?"

"InsyaAllah abang Rina sudi, sebenarnya abang belum dengar cerita
Rina kan. Abang, masa Suffian khawin, Rina mcm nak sangat tegur abang, tapi tak tau nak mula, kalau abang perasan Rina asyik pandang muka abang, macam ada magnet. Cuma, Rina buat tak kesah la lepas tu. Tak sangka abang ada hati kat Rina. Rina bersyukur sangat di pertemukan dengan abang,"

"Maaf abang tak jenguk Rina masa sakit dulu, abang takut abang tak boleh kawal perasaan abang.."

"Tak pe abang, Rina faham..terima kasih atas keyakinan abang dan kesetiaan abang menunggu Rina,"

"Rina, abang nak tanya lagi boleh? Abang kan datang hari selasa ni, hari sabtu ni abang nak ajak pergi cari cincin merisik ngn cincin tunang, abang akan bawak mak dan adik abang, Rina bawak mak Rina ye.. Boleh?"

"Boleh abang, Rina ikut je..tapi abang tau kan Rina tak ada kat rumah lusa ni? Rina keje,"

"Abang tau..hihihi..sebab tu abang ajak cari cincin hari sabtu ni. Minggu depan hari ahad family abang datang merisik Rina.."

"Owh, boleh la macam tu abang, Rina ok je,"

"Rina rehat lah, abang tau Rina penat, esok nak kerja kan?"

"Yup, terima kasih telefon Rina,"

"Selamat Malam cikgu Rina, assalamualaikum.."

"Selamat malam abang, waalaikumussalam.."

Klik! Talian diputuskan. Aku merasa gembira bercampur gementar. Kini, aku melangkah lagi setapak kehadapan.

Seperti mana yang telah diberitahu, keluarga Suhaimi datang merisik aku pada hari ini.
Aku tampil ringkas berbaju kurung moden dan bertudung krim. Terasa debarannya. Setelah kata sepakat dicapai, majlis pertunangan akan diadakan sebulan dari sekarang. Majlis hari ini berakhir dengan tersarungnya sebentuk cincin di jariku.

"Assalamualaikum..Rina ok hari ni?" terdengar suara Suhaimi di hujung talian.

"Waalaikumussalam..alhamdulillah. Sihat je abang.."

"Cantik Rina hari ni..cukup tgk gambar Rina hati abang dah sejuk tau."

"Yelah tu abang.."

"Ye rina..mak ngn adik abang pun cakap macam tu.."

"Baiklah abang..hihihi."

"Dah..Rina rehat ye, esok kerja kan..terima kasih Rina. Selamat malam. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..selamat malam abang."

Hari ni cuaca cukup cerah secerah hatiku. Aku agak gementar dalam kebaya putih ini. Dirapikan dengan tudung dan selendang putih bersih. Aku duduk di katil bersama hantaran untuk Suhaimi.

"Dah siap Rina?" Pn.Aisyah menjenguk di muka pintu.

"Dah mama," jawabku pendek.

Perbincangan telah selesai, tempoh pertunangan aku dan Suhaimi adalah selama setahun dari sekarang. Aku menunggu di dalam bilik. Sebentar lagi Pn.Aini, ibu kepada Suhaimi akan menyarungkan cicin di jari manisku.

"Assalamualaikum.." Satu suara menyapa telingaku.

Kelihatan Pn.Aini dan beberapa orang lagi dari pihak Suhaimi masuk ke bilik. Tersarung sudah cincin itu di jariku lantas aku menyalami bakal ibu mertuaku. Terasa sayu hatiku. Hatiku berdesir, inilah permulaannya.

Wednesday, November 23, 2011

Kongsi
sebagai manusia, aku akui tanpa rasanya kesakitan aku takkan rasa betapa nikmatnya kesihatan itu, itu lah yang aku rasa semenjak aku tak boleh bekerja...kadang-kadang aku duduk sorang-sorang aku akan teringat apa yang aku boleh buat masa aku sihat dulu...

ni la antara aktiviti yang jadi pilihan aku suatu masa dulu. minat aku terhadapnya tak pernah padam sehinggalah saat ini tapi apakan daya kan....banyak kenangan manis yang menyebabkan aku begitu merindui seni mempertahankan diri tu ..antaranya disebabkan taekwondo la aku pegi KL masa form 4 untuk sertai perhimpunan waja diri.selain tu aku dapat pegi tounament jumpa ramai kawan baru, dapat medal, seronok sangat....takkan aku lupa kenangan masa form 3,,,aku nak dapatkan black belt sampai cedera siki kat kawasan mata,sepanjang aku sertai sejak form 2,tulang kaki slalu jadi mangsa lebam..tapi tetap seronok,mse form 5 rusuk aku retak sikit masa join tournament..tu semua cerita masa kat sekolah. masa kat kolej pulak lagi best.setelah hampir 3 tahun tak berlatih,aku join balik taekwondo atas sebab subjek sampingan yang aku kene lulus, start jkat situ aku aktif semula tapi sekejap je. aku cuma sempat join 1 tournament yang menyebabkan bibir aku pecah.masa subjek tu pulak aku jadi best student untuk subjek tu..nampak cam menipu je.hahaha...sebab yg di uji tak banyak sangat...so aku tak menipu ok....


aku sangat suka berlari tak kesah la jogging ke lari-lari anak ke kecuali lari rumah (tu aku tak pernah buat). nka berlumba tu aku takde la hebat sangat tapi aku memang suka. bila dah sakit macam ni jangan kata nak lari, nak jalan pun perlukan bantuan, aku pernah sekali je la seumur hidup aku dapat medal untuk acara larian ni. tak silap aku 800m kot, masa form 5 .

cerita kat atas ni aku nk post dh lme tapi asyik xsempat je dan sekarang segalanya sudah berubah....

Sunday, December 26, 2010

kisah hari ini...saje2 bosan nih

Kongsi



Semalaman aku tak dapat tidur. Aku terasa agak bengang sebab aku sangat la mengantuk sebenarnya.Sakit belakang ni antara penyebab aku susah nk tidur. Resah sepanjang malam dan jugak bosan. Dah lama aku tak keluar jalan-jalan. Aku tak boleh nak berjalan jauh sangat sebab kalau duduk lama-lama dalam kereta pun buat aku sakit je. Aku  ni dah la jenis manusia yang tak boleh duduk diam jadi bila terpaksa duduk diam2 macam ni ibarat satu cabaran  dan penyeksaan jugak la kan.. tapi lama-lama aku rasa macam tak boleh handle dah tahap kebosanan yang bersarang dalam diri aku ni..tetibe perut aku lapar.. aduhai apa aku nak makan ni. nak masak aku takut sebab aku pernah try nak masak pas tu heat yang teramat menyebabkan aku pitam...bahaya...sebab aku sorang je kat rumah..terasa la amat stress.last2 aku makam epal..kalau korang nak tau, sejak aku sakit aku jadi obses sangat dengan epal. kalau boleh setiap masa nak makan epal. selain epal, aku suka makan aiskrim sundae chocolate.....mmmm..yummy



Berbalik pada cerita aku tak boleh tidur tadi, aku sambil2 makan epal aku tengok tv.. memang tu je la keje aku setiap hari. Ye la kan banyak cerita2 sempena krismas aku pun layan dengan harapan aku akan mengantuk tapi harapan tinggal harapan.. sampai kol 7 pagi mata aku segar macam minum satu balang kopi. Pas tu aku pegi kat laptop, aku tengok gambar2 aku yang ada. Pas tu aku tengok tv balik, sebab ada ulangan cerita BUKAN DIRIKU kat astro ria. Tapi tetap jugak aku rasa kurang sangat2.. aku nak keluar jalan-jalan tapi tak nak jauh la, sape nak bawak plak. jadi sampai ke sudah duduk je la kat rumah. 

Dalam otak ni dah serabut fikir pasal keje. yela mana nak datang duit kalau tak keje kan..tapi aku tak mampu nak keje macam orang lain. Mostly keje kena gunakan tenaga dan pergerakkan yang banyak..tu la sebab aku berhenti keje. Layan punya layan perasaan tak sedar pulak dah nak malam..member yang dok satu rumah belum balik tapi dia hantar mesej ajak kuar makan. Ye la aku pun belum jamah nasi lagi hari ni,so aku pun siap2, tgh aku syok2 bersiap mama, papa n abang aku pun balik..tak lama pas tu member aku pon balik..aku bajet2 macam tak jadi la nak keluar sebab mama dah balik(sebab biasanya mama tak bagi keluar) tapi mama pulak yang suruh pegi...takkan nak lepaskan peluang pulak kan..sementara menunggu member kepada member aku sampai, aku on9 jap..akhirnya member kepada member aku yang ada kete hitam tu pon sampai....

Kami pegi makan agak jauh la dari rumah aku, tapi aku tak kesah asalkan perut aku kenyang. malam ni aku nak makan nasi putih daging merah.ak dah habis aku makan sementara tunggu yang lain habis makan, aku cuci mata la tetibe aku ternampak seekor kucing nak panjat pokok. aku nak panggil tapi member aku sorang ni fobia ngan kucing so aku tengok je la dari jauh...dah kenyang perut masing2 dah mengantuk..yela dah pukul 12.30 pg. aku orite je sebab tak keje tapi yang lain keje so kami pon gerak la balik..tapi dak2 yg bekerja esok ni yang tak nak balik..aku ikut je diorang. aku pon dah lama tak jalan2 kat danga bay. dengan tak disangka2 aku terserempak ngan sorang artis tapi aku wat tak tau je la. malas nk kacau privacy orang.

 Dah habis bergambar2 diorang pon masuk kete balik nk gerak. aku memang dok kat kete je pas balik dari toilet(diorang singgah danga bay sebab nak gi toilet sebenarnya). aku masih ok sampai lah member aku ni terpaksa melanggar lubang menyebabkan aku dapat dengar bunyi tulang belakang aku sendiri dan sakitnya ALLAH S.W.T je yg tau.sampai rumah mengiggil2 aku sebab menahan sakit, so nak tak nak terpaksa la aku menelan sepasang panadol extend yang ada tu. begitu la hari aku sepanjang 25 DISEMBER 2010(termasuk ckit 26 disember 2010)

THE END.....

Thursday, December 23, 2010

luahan yang tak terluah

Kongsi
Hatiku..
Kau sebahagian dari hidupku suatu masa dahulu,
Pertama kali aku melihatmu,
hatiku terus tersentuh melihat keletahmu,
diriku yang sememangnya di rundum kesunyian,
senyummu seakan menggamit perasaanku,
aku semakin tertarik padamu...


Hatiku..
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
duniaku yang suram,
menjadi ceria dengan kehadiranmu,
kau membuat hidupku bahagia,
layananmu padaku menghambat segala kepiluan,
menghilangkan segala keresahan yang singgah,
hatiku terbuka menerima kehadiranmu...

Hatiku...
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
dirimu benar-benar membuatku bahagia,
namun segalanya hilang manisnya,
dirimu juga yang membuatku menderita akhirnya,
meninggalkan diriku dalam tangisan,
semua anganku musnah dalam sekelip mata...

Hatiku...
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
tapi bukan lagi pada waktu ini,
ku harap kau bahagia di sampingnya,
aku maafkan semua perbuatanmu padaku...

 

Wednesday, December 22, 2010

kisah pernah wujud dalam hidupku

Kongsi

SEMALAM


 Semalam,
aku terleka dalam tangisan yang hiba,
saat itu aku tidak bisa mengawal perasaan ku,
aku yakin ketika itu aku berada dalam arus beta,
yang takkan boleh menerima saranan sesiapa..

Semalam,
aku berterus-terang dengannya perihal aku emosi,
dia menerima dengan tenang,
aku melepaskan emosi padanya,
dia menyiram jiwaku dengan air yang menenangkan..

Semalam,
aku terus tersenyum dan tersenyum,
bertemu denganya membuat aku tersenyum,
rindu terubat hilang segala emosi yang teruk,
aku seronok tertawa bersama dia...

Semalam,
aku tersenyum terima hadiah darinya,
hatiku gelisah penerimaan hadiah yang aku bawa,
adakah dia menyukainya??
aku hanya berharap dia menyukainya...

Semalam,
aku rasa bahagia,
hadiah yang dia beri padaku membuatku senang,
aku doakan agar dia dapat terus menyenangkan hatiku,
begitu juga aku dapat menyenangkan hatinya...


tapi tu semalam.....
sekarang???
esok???
hanya Allah S.W.T yang tahu..