Sunday, December 26, 2010

kisah hari ini...saje2 bosan nih

Kongsi



Semalaman aku tak dapat tidur. Aku terasa agak bengang sebab aku sangat la mengantuk sebenarnya.Sakit belakang ni antara penyebab aku susah nk tidur. Resah sepanjang malam dan jugak bosan. Dah lama aku tak keluar jalan-jalan. Aku tak boleh nak berjalan jauh sangat sebab kalau duduk lama-lama dalam kereta pun buat aku sakit je. Aku  ni dah la jenis manusia yang tak boleh duduk diam jadi bila terpaksa duduk diam2 macam ni ibarat satu cabaran  dan penyeksaan jugak la kan.. tapi lama-lama aku rasa macam tak boleh handle dah tahap kebosanan yang bersarang dalam diri aku ni..tetibe perut aku lapar.. aduhai apa aku nak makan ni. nak masak aku takut sebab aku pernah try nak masak pas tu heat yang teramat menyebabkan aku pitam...bahaya...sebab aku sorang je kat rumah..terasa la amat stress.last2 aku makam epal..kalau korang nak tau, sejak aku sakit aku jadi obses sangat dengan epal. kalau boleh setiap masa nak makan epal. selain epal, aku suka makan aiskrim sundae chocolate.....mmmm..yummy



Berbalik pada cerita aku tak boleh tidur tadi, aku sambil2 makan epal aku tengok tv.. memang tu je la keje aku setiap hari. Ye la kan banyak cerita2 sempena krismas aku pun layan dengan harapan aku akan mengantuk tapi harapan tinggal harapan.. sampai kol 7 pagi mata aku segar macam minum satu balang kopi. Pas tu aku pegi kat laptop, aku tengok gambar2 aku yang ada. Pas tu aku tengok tv balik, sebab ada ulangan cerita BUKAN DIRIKU kat astro ria. Tapi tetap jugak aku rasa kurang sangat2.. aku nak keluar jalan-jalan tapi tak nak jauh la, sape nak bawak plak. jadi sampai ke sudah duduk je la kat rumah. 

Dalam otak ni dah serabut fikir pasal keje. yela mana nak datang duit kalau tak keje kan..tapi aku tak mampu nak keje macam orang lain. Mostly keje kena gunakan tenaga dan pergerakkan yang banyak..tu la sebab aku berhenti keje. Layan punya layan perasaan tak sedar pulak dah nak malam..member yang dok satu rumah belum balik tapi dia hantar mesej ajak kuar makan. Ye la aku pun belum jamah nasi lagi hari ni,so aku pun siap2, tgh aku syok2 bersiap mama, papa n abang aku pun balik..tak lama pas tu member aku pon balik..aku bajet2 macam tak jadi la nak keluar sebab mama dah balik(sebab biasanya mama tak bagi keluar) tapi mama pulak yang suruh pegi...takkan nak lepaskan peluang pulak kan..sementara menunggu member kepada member aku sampai, aku on9 jap..akhirnya member kepada member aku yang ada kete hitam tu pon sampai....

Kami pegi makan agak jauh la dari rumah aku, tapi aku tak kesah asalkan perut aku kenyang. malam ni aku nak makan nasi putih daging merah.ak dah habis aku makan sementara tunggu yang lain habis makan, aku cuci mata la tetibe aku ternampak seekor kucing nak panjat pokok. aku nak panggil tapi member aku sorang ni fobia ngan kucing so aku tengok je la dari jauh...dah kenyang perut masing2 dah mengantuk..yela dah pukul 12.30 pg. aku orite je sebab tak keje tapi yang lain keje so kami pon gerak la balik..tapi dak2 yg bekerja esok ni yang tak nak balik..aku ikut je diorang. aku pon dah lama tak jalan2 kat danga bay. dengan tak disangka2 aku terserempak ngan sorang artis tapi aku wat tak tau je la. malas nk kacau privacy orang.

 Dah habis bergambar2 diorang pon masuk kete balik nk gerak. aku memang dok kat kete je pas balik dari toilet(diorang singgah danga bay sebab nak gi toilet sebenarnya). aku masih ok sampai lah member aku ni terpaksa melanggar lubang menyebabkan aku dapat dengar bunyi tulang belakang aku sendiri dan sakitnya ALLAH S.W.T je yg tau.sampai rumah mengiggil2 aku sebab menahan sakit, so nak tak nak terpaksa la aku menelan sepasang panadol extend yang ada tu. begitu la hari aku sepanjang 25 DISEMBER 2010(termasuk ckit 26 disember 2010)

THE END.....

Thursday, December 23, 2010

luahan yang tak terluah

Kongsi
Hatiku..
Kau sebahagian dari hidupku suatu masa dahulu,
Pertama kali aku melihatmu,
hatiku terus tersentuh melihat keletahmu,
diriku yang sememangnya di rundum kesunyian,
senyummu seakan menggamit perasaanku,
aku semakin tertarik padamu...


Hatiku..
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
duniaku yang suram,
menjadi ceria dengan kehadiranmu,
kau membuat hidupku bahagia,
layananmu padaku menghambat segala kepiluan,
menghilangkan segala keresahan yang singgah,
hatiku terbuka menerima kehadiranmu...

Hatiku...
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
dirimu benar-benar membuatku bahagia,
namun segalanya hilang manisnya,
dirimu juga yang membuatku menderita akhirnya,
meninggalkan diriku dalam tangisan,
semua anganku musnah dalam sekelip mata...

Hatiku...
kau sebahagian dari hidupku suatu masa dulu,
tapi bukan lagi pada waktu ini,
ku harap kau bahagia di sampingnya,
aku maafkan semua perbuatanmu padaku...

 

Wednesday, December 22, 2010

kisah pernah wujud dalam hidupku

Kongsi

SEMALAM


 Semalam,
aku terleka dalam tangisan yang hiba,
saat itu aku tidak bisa mengawal perasaan ku,
aku yakin ketika itu aku berada dalam arus beta,
yang takkan boleh menerima saranan sesiapa..

Semalam,
aku berterus-terang dengannya perihal aku emosi,
dia menerima dengan tenang,
aku melepaskan emosi padanya,
dia menyiram jiwaku dengan air yang menenangkan..

Semalam,
aku terus tersenyum dan tersenyum,
bertemu denganya membuat aku tersenyum,
rindu terubat hilang segala emosi yang teruk,
aku seronok tertawa bersama dia...

Semalam,
aku tersenyum terima hadiah darinya,
hatiku gelisah penerimaan hadiah yang aku bawa,
adakah dia menyukainya??
aku hanya berharap dia menyukainya...

Semalam,
aku rasa bahagia,
hadiah yang dia beri padaku membuatku senang,
aku doakan agar dia dapat terus menyenangkan hatiku,
begitu juga aku dapat menyenangkan hatinya...


tapi tu semalam.....
sekarang???
esok???
hanya Allah S.W.T yang tahu..

Kenangan masa muda-muda

Kongsi

KUNCI KERIANGAN

Waktu ini...
Masih terasa kah kamu di hujung subuh itu,
Kamu dan aku bersama mengisi waktu sebelum melangkah pulang,
Lalu masih teringat kah kamu,
Aku membawa kamu ke seberang taman,
Aku dan kamu tersenyum riang mendengar kokokan ayam,
Dan merasa sejuk pagi,
Lalu terubat rindu di dalam diri,
Perasan kah kamu,
Sepanjang bersama menyusuri jalan,
Kita acap kali terserempak simpang yang banyak,
walau hingga waktu sebelum pulang,
Keriangan kita masih tak terhenti,

Lalu aku tunjukkan jalan,
Dalam tersenyum kamu melangkah,
Sedang dalam hati ku berkata,
"Melangkahlah kamu dengan takdir yang dipermudahkan-Nya...
Aku doakan untuk kebahagiaan kamu walau andai,
Bukan aku disisi kamu kelak"...
Dalam pengharapan kepada-Nya,
Aku menempuh takdir yang ditetapkan-Nya...



Cinta Sejati wujud sekali je??? Betul ke??

Kongsi
Sebagai seorang insan, saya menolak frasa bahawa cinta sejati hanya hadir sekali sahaja dalam hidup seseorang individu itu.  Mengapa saya berkata sedemikian rupa? Kerana sudah terlalu banyak buktinya. Masih tidak percaya? Mari kita lihat satu persatu buktinya...



Cinta sejati digambarkan sebagai sesuatu yang indah. Ia merangkumi kasih sayang serta perasaan yang indah-indah dalam hati, namun pasti ada pahit, maung, kelat, hempedu di dalamnya. Seandainya saudara saudari menyatakan cinta sejati hanya hadir sekali dalam hidup anda, ramailah dalam kalangan kita yang tidak akan berkahwin dan memebentuk keluarga yang baru. Mengapa saya berbicara seperti itu? Contoh yang paling mudah ialah, cinta kita terhadap ibu bapa kita merupakan cinta sejati. Itu sudah semestinya kan? Itu tidak bermakna, kita tidak boleh mencintai orang lain seperti isteri, suami atau anak-anak.. Bukankah itu sudah menunjukkan bukti bahawa cinta sejati itu bukan hanya wujud sekali dalam hidup seseorang itu...
Masih tidak cukup bukti itu?? Dalam kes yang seterusnya, jika benar cinta sejati hanya muncul sekali sahaja, pasti ramai lagi yang tidak berkahwin lagi walaupun sudah bercerai. Saya rasa bukti itu sudah memadai.. Jika saudara dan saudari berasa risau setelah kehilangan cinta sejati yang dirasakan hanya muncul sekali sahaja, janganlah and melupakan satu cinta agung yang tidak pernah lari atau menjauh dari anda semua iaitu CINTA AGUNG ALLAH S.W.T pada hambanya...
renungkanlah...
aku juga pernah merasa bahagia dilimpahi kasih sayang seorang manusia..
aku juga pernah merasai kehilangan orang yang megasihi diriku...
aku juga pernah dikhianati oleh seorang insan yang aku kasihi...
mengapa manusia harus mengecewakan manusia yang lain?
mengapa ada manusia yang sanggup melihat manusia lain menderita?
apakah benar kehidupan manusia gelap kerana cinta?
adakah kerana cinta itu buta?
sesungguhnya,cinta itu indah seandainya...
tafsiran yang sebenar menjadi pegangan...
dalam hati sentiasa ada kasih sayang...
dari ALLAH S.W.T yang maha agung..
bagi setiap hamba-Nya yang sentiasa mengingatinya..
ini hanya pendapat sahaja yer......