Semalaman aku tak dapat tidur. Aku terasa agak bengang sebab aku sangat la mengantuk sebenarnya.Sakit belakang ni antara penyebab aku susah nk tidur. Resah sepanjang malam dan jugak bosan. Dah lama aku tak keluar jalan-jalan. Aku tak boleh nak berjalan jauh sangat sebab kalau duduk lama-lama dalam kereta pun buat aku sakit je. Aku ni dah la jenis manusia yang tak boleh duduk diam jadi bila terpaksa duduk diam2 macam ni ibarat satu cabaran dan penyeksaan jugak la kan.. tapi lama-lama aku rasa macam tak boleh handle dah tahap kebosanan yang bersarang dalam diri aku ni..tetibe perut aku lapar.. aduhai apa aku nak makan ni. nak masak aku takut sebab aku pernah try nak masak pas tu heat yang teramat menyebabkan aku pitam...bahaya...sebab aku sorang je kat rumah..terasa la amat stress.last2 aku makam epal..kalau korang nak tau, sejak aku sakit aku jadi obses sangat dengan epal. kalau boleh setiap masa nak makan epal. selain epal, aku suka makan aiskrim sundae chocolate.....mmmm..yummy
Berbalik pada cerita aku tak boleh tidur tadi, aku sambil2 makan epal aku tengok tv.. memang tu je la keje aku setiap hari. Ye la kan banyak cerita2 sempena krismas aku pun layan dengan harapan aku akan mengantuk tapi harapan tinggal harapan.. sampai kol 7 pagi mata aku segar macam minum satu balang kopi. Pas tu aku pegi kat laptop, aku tengok gambar2 aku yang ada. Pas tu aku tengok tv balik, sebab ada ulangan cerita BUKAN DIRIKU kat astro ria. Tapi tetap jugak aku rasa kurang sangat2.. aku nak keluar jalan-jalan tapi tak nak jauh la, sape nak bawak plak. jadi sampai ke sudah duduk je la kat rumah.
Dalam otak ni dah serabut fikir pasal keje. yela mana nak datang duit kalau tak keje kan..tapi aku tak mampu nak keje macam orang lain. Mostly keje kena gunakan tenaga dan pergerakkan yang banyak..tu la sebab aku berhenti keje. Layan punya layan perasaan tak sedar pulak dah nak malam..member yang dok satu rumah belum balik tapi dia hantar mesej ajak kuar makan. Ye la aku pun belum jamah nasi lagi hari ni,so aku pun siap2, tgh aku syok2 bersiap mama, papa n abang aku pun balik..tak lama pas tu member aku pon balik..aku bajet2 macam tak jadi la nak keluar sebab mama dah balik(sebab biasanya mama tak bagi keluar) tapi mama pulak yang suruh pegi...takkan nak lepaskan peluang pulak kan..sementara menunggu member kepada member aku sampai, aku on9 jap..akhirnya member kepada member aku yang ada kete hitam tu pon sampai....
Kami pegi makan agak jauh la dari rumah aku, tapi aku tak kesah asalkan perut aku kenyang. malam ni aku nak makan nasi putih daging merah.ak dah habis aku makan sementara tunggu yang lain habis makan, aku cuci mata la tetibe aku ternampak seekor kucing nak panjat pokok. aku nak panggil tapi member aku sorang ni fobia ngan kucing so aku tengok je la dari jauh...dah kenyang perut masing2 dah mengantuk..yela dah pukul 12.30 pg. aku orite je sebab tak keje tapi yang lain keje so kami pon gerak la balik..tapi dak2 yg bekerja esok ni yang tak nak balik..aku ikut je diorang. aku pon dah lama tak jalan2 kat danga bay. dengan tak disangka2 aku terserempak ngan sorang artis tapi aku wat tak tau je la. malas nk kacau privacy orang.
Dah habis bergambar2 diorang pon masuk kete balik nk gerak. aku memang dok kat kete je pas balik dari toilet(diorang singgah danga bay sebab nak gi toilet sebenarnya). aku masih ok sampai lah member aku ni terpaksa melanggar lubang menyebabkan aku dapat dengar bunyi tulang belakang aku sendiri dan sakitnya ALLAH S.W.T je yg tau.sampai rumah mengiggil2 aku sebab menahan sakit, so nak tak nak terpaksa la aku menelan sepasang panadol extend yang ada tu. begitu la hari aku sepanjang 25 DISEMBER 2010(termasuk ckit 26 disember 2010)
Dah habis bergambar2 diorang pon masuk kete balik nk gerak. aku memang dok kat kete je pas balik dari toilet(diorang singgah danga bay sebab nak gi toilet sebenarnya). aku masih ok sampai lah member aku ni terpaksa melanggar lubang menyebabkan aku dapat dengar bunyi tulang belakang aku sendiri dan sakitnya ALLAH S.W.T je yg tau.sampai rumah mengiggil2 aku sebab menahan sakit, so nak tak nak terpaksa la aku menelan sepasang panadol extend yang ada tu. begitu la hari aku sepanjang 25 DISEMBER 2010(termasuk ckit 26 disember 2010)
THE END.....